Pages

Friday, 14 September 2012

landskap semulajadi

Alto Parana, Paraguay
Photo: Like dan share..
Alto Parana, Paraguay 
Main FB jgn sampai lupa kerja dan tanggungjawab :-)

Mentadak naik basikal..:-)
Bila mentadak diatas dua paku pakis,nampak macam real mentadak naik basikal,
Photo: Mentadak naik basikal..:-)
Bila mentadak diatas dua paku pakis,nampak macam real mentadak naik basikal,
Like dan share
Main FB jgn sampai lupa kerja dan tanggungjawab :-)

Ada ke jalan raya macam ni??
Photo: Ada ke jalan raya macam ni??

Wednesday, 5 September 2012

Wednesday, 22 August 2012

pejabat pertanian jemput orang asli nasyid..



waahhh... lepas ni wt kt pusat2 kebajikan plak..huhu

Nabi pun bercucuk tanam..:)





Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

Galakkan Islam Kepada Bidang Pertanian

Bagi umat Islam, kegiatan di dalam bidang ini merupakan di antara cara yang mudah bagi mendapat ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala di samping mendapat manfaat atau pendapatan yang halal daripada hasil jualan keluaran pertanian. 
Ulama berselisih pendapat mengenai usaha yang paling baik, sama ada usaha daripada perniagaan, pertukangan ataupun pertanian. Menurut Imam An-Nawawi dalam Shahihnya, pekerjaan yang baik dan afdhal ialah pertanian. Inilah pendapat yang sahih kerana ia merupakan hasil tangannya sendiri dan ia juga memberi manfaat kepada diri sendiri, umat Islam dan kepada binatang. Di samping itu bidang pertanian juga membawa para petani kepada sifat tawakkal. (Al-Majmuk: 9/54 & Shahih Muslim Syarh Imam An-Nawawi) 
Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ada menyebutkan mengenai pahala dan ganjaran orang-orang yang menjalankan bidang pertanian ini sebagaimana riwayat Anas bin Malik, Baginda bersabda: 
Maksudnya“Tiada seorang Muslim pun yang bertani atau berladang lalu hasil pertaniannya dimakan oleh burung atau manusia ataupun binatang melainkan bagi dirinya daripada tanaman itu pahala sedekah”
(Hadis riwayat Al-Bukhari) 
Dalan riwayat yang lain, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya“Tiada seorang muslim menanam dan bertani maka hasil pertaniannya itu dimakan oleh manusia, binatang dan sebagainya melainkan dia akan menerima ganjaran pahala sedekah  dalam riwayat yang lain: “melainkan dia akan menerima pahala sedekah hingga hari Kiamat”.
(Hadis riwayat Muslim)

Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani dan Imam An- Nawawi bahawa hadis-hadis yang dinyatakan di atas adalah penjelasan mengenai fadilat (kelebihan) bercucuk tanam dan ganjaran bagi orang yang melakukannya itu berterusan hingga hari Kiamat selagi tanaman itu masih kekal.  

Dalam hadis marfu‘ pula, daripada riwayat Abu Ayyub Al-Anshari, Baginda bersabda:
Maksudnya“Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman melainkan Allah Azza Wajalla menetapkan baginya ganjaran pahala sebanyak jumlah yang dihasilkan oleh tanaman tersebut”.
(Hadis riwayat Ahmad)

Oleh itu mengusahakan hasil bumi dengan bertani dan menjayakan tanah terbiar merupakan satu cara mendapatkan punca pendapatan yang halal lagi sah di sisi Islam.  
Menurut sejarah Islam, setelah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tiba di Madinah, Baginda telah menggalakkan usaha pertanian agar ditingkatkan. Bumi Madinah ketika itu sememangnya subur perlu diusahakan dengan lebih giat. Dalam hubungan ini, kaum Muhajirin yang berhijrah bersama Baginda diaturkan supaya bekerjasama dengan kaum Ansar iaitu penduduk asal Madinah di dalam usaha-usaha pertanian. Hal seumpama ini sesuai dengan riwayat Rafi‘ bin Hadij bahawa di zaman Rasulullah telah diingatkan oleh beberapa orang bapa-bapa saudara Baginda iaitu Rasulullah melarang daripada perkara yang memberi manfaat kepada kami, lalu kami bertanya: Apakah perkara tersebut?:
Maksudnya“Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan bertani atau (jika dia tidak berupaya melakukannya) hendaklah menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakannya (sekalipun) hanya sepertiga, seperempat dan makanan asasi.”
(Hadis riwayat Abu Dawud)
Hakikat betapa Islam sangat menggalakkan sektor pertanian jelas daripada peruntukkan yang ada di dalam syariah. Sebagai contoh, sesiapa sahaja yang mengusahakan tanah terbiar dengan jayanya akan mendapat hak milik kekal terhadap tanah berkenaan berdasarkan pendapat kebanyakan ulama. Peruntukkan ini jelas memberi intensif kepada pengusaha-pengusaha bidang pertanian yang mengusahakan tanah terbiar atau mati. Perkara ini disebutkan dalam riwayat Aisyah Radhiallahu ‘anha, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya“Sesiapa yang memakmurkan (mengusahakan) tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa maka dia lebih berhak terhadapnya”.
(Hadis riwayat Al-Bukhari)
Walau bagaimanapun kita telah pun mempunyai peraturan atau undang-undang tanah, maka tidaklah boleh menggunakan tanah dengan sewenang-wenangnya melainkan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa.

Menanam Tanaman Haram Dan Membahayakan

Walaupun Islam sangat menggalakkan sektor pertanian, namun Islam melarang aktiviti-aktivit pertanian yang dijalankan bagi tujuan yang meragukan atau tidak sah menurut Islam seperti menanam anggur bagi tujuan membuat minuman keras, penjualan dan pengeluaran bahan-bahan yang memudaratkan manusia seperti penanaman ganja serta lain-lain tumbuhan yang mengandungi racun. 
Dalam kitab al-Majmuk ada membincangkan kedudukan sama ada boleh atau tidak seseorang menjual anggur yang ditanamnya kepada seseorang yang diketahui akan atau kelazimannya menggunakan anggur itu bagi membuat minuman keras, maka pendapat yang shahih adalah haram bagi orang berkenaan menjual anggurnya kepada pembeli tersebut. (Al-Majmuk: 9/334) Walaupun menanam anggur pada asasnya diharuskan tetapi apabila jelas hasilnya itu akan digunakan untuk tujuan yang diharamkan, maka para petani perlulah berhati-hati ketika menjualkannya supaya ia bukan penyumbang kepada perkara yang diharamkan itu. 
Begitulah kedudukannya dengan lain-lain hasil pertanian seperti  ternakan, prinsip ini hendaklah dipegang demi memastikan bahan-bahan yang dikeluarkan itu tidak disalahgunakan bagi tujuan-tujuan yang tidak diharuskan oleh syarak.
Pemasaran Hasil Pertanian 
Dalam Islam kegiatan memonopoli dan menyorok sesuatu barangan (ihtikar) terutamanya barang makanan tidak dibenarkan dalam Islam. Dalam sebuah hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasalam bersabda:
Maksudnya“Jangan melakukan perbuatan memonopoli (kerana) perbuatan itu dilakukan oleh orang-orang yang berdosa”.
(Hadis riwayat Muslim)

Begitu juga dengan kegiatan orang tengah yang mengambil kesempatan di dalam urusan pemasaran sesuatu barangan termasuk barang makanan. Kerana itu Islam melarang urus niaga yang dinamakan talaqqa ar-rukban iaitu kegiatan menemui para pengeluar barangan termasuk para petani di luar bandar dan membeli barangan mereka sebelum mereka sampai ke bandar atau pekan dan mengetahui harga pasaran sebenar, dalam makna yang lain membeli dengan harga yanh murah dan menjualnya dengan harga yang mahal, sehingga akhirnya akan menjejas kepentingan pengguna. Menurut Khatib as-Syarbini sah urus niaga tersebut jika tidak bermaksud sedemikian.(Mughni Al-Muhtaj: 2/36)  Perkara ini adalah berdasarkan larangan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallamdalam sabdanya:
Maksdunya: “Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasalam bersabda: “Jangan kamu membeli dagangan secara rukban (barang dagangan yang masih berada di atas kenderaan untuk dijual)”.
(Hadis riwayat Al-Bukhari & Abu Dawud)
 Penutup
Penjelasan di atas menggambarkan bahawa Islam memberi perhatian dan sangat menggalakkan kepada sektor pertanian. Malahan Islam memberi panduan dalam memastikan segala aktiviti pertanian iaitu bermula daripada projek dijalankan hinggalah kepada proses pemasaran dan jualan menurut garis panduan yang jelas dan adil demi mengelakkan perbalahan di antara penjual dan pembeli.

Walau bagaimanapun, perhatian tidak seharusnya diberikan hanya kepada sektor ini dengan mengabaikan kepentingan sektor-sektor lain kerana matlamat utama kita ialah mencapai keseimbangan di dalam segala bidang untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam rangka membangun negara dan ummah.


Pertanian untuk islam




Pertanian merupakan aktiviti ekonomi yang amat penting kepada ekonomi sesebuah negara. Buku ini mengupas prinsip-prinsip Islam berkaitan ekonomi pertanian. Perbahasan buku ini ditumpukan pada pemilikan dan pembangunan tanah pertanian yang terkandung dalam prinsip ihya’ al-mawat, al-harim, aliqta’ dan al-hima. Bagi upah buruh dan penyewaan tanah pertanian pula terkandung dalam prinsipijarahmuzara’ah dan musaqat. Penulis turut membincangkan mengenai zakat pertanian, syarat-syarat tanaman yang dikenakan zakat serta nisab zakat pertanian. Buku ini turut membincangkan bagaimana Islam menjamin supaya sekuriti makanan dalam masyarakat terjaga dan terjamin melalui beberapa mekanisme agihan iaitu zakat, sedekah, korban, aqiqah, fidyah dan kifarat.

cara nak tanam rumput napier


sangat best kalau satu hari..stdnt class kte ade ternak haiwan mcm ni..